Tuesday, June 9, 2020

Putu Kacang



P: Rasa mcm nak buat putu kacang aaa...putu kacang pakai kacang ape ek? Kacang hijau gak ke? Sape ada resepi? Rasa dulu ada tuang dia.

Y: RESEPI KUIH PUTU KACANG

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 cawan kacang hijau yg telah dibuang kulit
1 cawan gula halus (ayak)

Caranya:
1.      Kacang hijau digoreng tanpa minyak.
2.      Biarkan kacang sejuk.
3.      Cuci bersih dan toskan sehingga kering
4.      Kisar halus kacang tadi dan ayak.
5.      Tambahkan gula halus yang telah diayak.
6.      Gaul sebati.
7.      Biar semalaman. Untuk adunan jadi sebati dan lembab.
8.      Tekan dalam acuan.
9.      Susun dalam talam & jemur.
10.   Siap.




P: Nak cari acuan putu kacang...nak cari acuan putu kacang…
P: Yey!! Dah jumpa…
Y: Huntung laaaaaa ada acuan
P: Tengah kumpul kekuatan nak pi sangai kacang hijau di pagi yang sejuk ini
*****
P: Kacang hijau mula disangai
Y: Semangat memputu kacang??? Hebak...
P: Kalo tak jadi putu… dia jadi koleh je laaa
P: Tapi apesal lepas sangai kena basuh? Nanti cukup kering ke masa nak blend?
Y: Lepas sangai buang kulit arr…pastu blend... Atau rendam dulu bagi keluaq kulit...then jemur bagi kering...then sangai...then blend...then ayak??
Y: ...err...kenapa nak kena basuh??
P: Resepi yb bagi tu kata macam tu. Masa nak buat koleh aritu... saya sangai terus blend je... Takde buang kulit pun
Y: Nak buat putu tak buang kulit tak cantik arr....
P: Ooooo… tadi sangai kulit takmo lengkas pun. Maknanya kena sangai lagi kah?
Y: Agaknya laaa...
P: Sambung menyangai lagi laa
P: Sekali lg saya selesai menyangai. Tapi kulit tetap takmo tanggal. Blend macam tu je lah nampak nye
P: Done gaul tepung dgn gula. Bg dia rest dulu.



P: Pg ni sambung memputu kacang. Saya rasa saya tau kenapa lepas dia sangai dia basuh dan keringkan kacang tu...sebab serbuk kacang tu memang nak kena basah sikit…kalo tak basah...tekan macam mana pun putu tak berbentuk
P: Serbuk semalam, ari ni direnjis-renjis dipilis dengan air...baru boleh dapat bentuk. Rasanya laaa...
P: Sekianlah ulasan awal saya. Apa rasa putu kacang tu nanti masih lagi misteri
*****
P: Gelap molek weih kuihku…Ayahku kata putu kacang coklat
A: Dah bleh makan ka tu?
P: Dah...dah...keras...hahaha...sebaik ada gigi
A: Mmg patut gelap ka? Bukan patut puteh kehijauan ka?
Y: Gelap la…dah tak buang kulit...
A: Yaya...saya pikiaq lagu tu gak
P: Hahaha...tak buang kulit
A: Patut buang kulit ka tak?
P: Kena...tapi tak dapat buang...tak reti...skrg br tau...hahaha. Selebihnya memang kena ikut step seperti yang di atas sajalah.




**Cara membuang kulit Kacang Hijau
1. Pilih Kacang Hijau yang elok
2. Rendam Kacang Hijau antara 24 jam ke 48 jam (tukar air bersih setiap 6 jam atau apabila air bertukar bau)
3. Kupas kulit Kacang Hijau dengan meramas kacang hijau yang telah direndam itu.

Achik Danik

Ya Allah..ampunilah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, hapuskanlah kesalahannya, muliakan tempatnya dan lapangkanlah pintu baginya. Ya Allah..maafkanlah segala kesalahannya.


Aku panggil dia Achik. Namanya Dania Alia atau Danik atau Cikgu Saye atau Izatul Amira. Tidak. Tidakkk..nama itu bukan nama sebenar. Tapi kami dah biasa. Dia pun tak panggil aku dengan nama sebenar. kadang Pio..kadang Uda..kadang Piooooo...kadang Udaaaaaa...😀😀

Aku kenal dia tak lama. Hanya sejak tahun 2000 aritu je. Kalo awal sikit pun mungkin tahun 1998 kerana pada tahun itu lah aku mula kenal Melayu.com. Iyeee. Jumpa kat Melayu.com je. Online. Tapi lepas tu jumpa kat Gathering Hari Raya. Pegi jalan raya kat rumah dia di Air Kuning sampai sesat ke Pantai Remis. Ada logik ke? Tapi Pantai Remis ke nama tempat yang aku sesat tu? Aku pun tak tau. Hahaha.

Hari ni 9/6/2020. Dah 6 hari aku tak dapat lagi nak panggil "Achikkkkkkkkkkk" dan tag nombor dia kat grup wasap. Dan entri ini aku tulis untuk dia dari antara postnya yang terakhir...