Tuesday, June 9, 2020

Achik Danik

Ya Allah..ampunilah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, hapuskanlah kesalahannya, muliakan tempatnya dan lapangkanlah pintu baginya. Ya Allah..maafkanlah segala kesalahannya.


Aku panggil dia Achik. Namanya Dania Alia atau Danik atau Cikgu Saye atau Izatul Amira. Tidak. Tidakkk..nama itu bukan nama sebenar. Tapi kami dah biasa. Dia pun tak panggil aku dengan nama sebenar. kadang Pio..kadang Uda..kadang Piooooo...kadang Udaaaaaa...😀😀

Aku kenal dia tak lama. Hanya sejak tahun 2000 aritu je. Kalo awal sikit pun mungkin tahun 1998 kerana pada tahun itu lah aku mula kenal Melayu.com. Iyeee. Jumpa kat Melayu.com je. Online. Tapi lepas tu jumpa kat Gathering Hari Raya. Pegi jalan raya kat rumah dia di Air Kuning sampai sesat ke Pantai Remis. Ada logik ke? Tapi Pantai Remis ke nama tempat yang aku sesat tu? Aku pun tak tau. Hahaha.

Hari ni 9/6/2020. Dah 6 hari aku tak dapat lagi nak panggil "Achikkkkkkkkkkk" dan tag nombor dia kat grup wasap. Dan entri ini aku tulis untuk dia dari antara postnya yang terakhir...





No comments: